Masker rawatan kulit

baca entry jer dah x sabar2 nak tau kan aper anis nak bebel ari nie. memandangkan ari nie anis cuti, so anis saje lepak2 sambil baca majalah dara.com. anis teruja plak dgn masker yang magezine nie rekemenkan. mcm besh jer, dan senang je nak buat sendiri.


tau x semua, apa fungsi masker nie sebenarnya. meh anis kongsi sikit dgn korg.
  • selain melembutkan kulit wajah, masker berfungsi membuka pori-pori yang tersumbat kerana kekotoran, debu dan sisa bedak yang tertinggal
  • masker juga dapat membantu mempercepatkan proses mencerahkan kulit wajah
  • masker juga berfungsi untuk mengembalikan kelembapan dan kehalusan kulit wajah.
  • menggunakan masker pada wajah sama dgn merehatkan oto-otot wajah. untuk mendapatkan hasil yg baik, gunakan masker satu hingga dua kali seminggu. kulit pasti nampak cerah dan tegang
selain masker di pasaran, bagi yang rajin mencuba boleh la buat masker sendiri di rumah. bahan-bahan utk masker mudah utk didapati.


Masker untuk kulit normal dan kering.


bahan:
  • sebiji telur ayam kampung
  • separuh isi buah aprikot yg sudah matang
  • satu sudu mayonis (lbh bgs plih yg organik
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 2 titis minyak 'essence' (orange)
cara membuat:


hancurkan buah aprikot bersama telur dan mayonis. tambahkan madu dan bhn2 lain. akhir sekali masukkan serbuk penaik. kemudian sapukan ke muka. hasilnya kulit akan terasa lebih lembut

Masker untuk kulit berminyak



bahan:

  • sebiji putih telur
  • setengah sudu jeruk lemon atau cuka asam

kacau putih telur dan air jeruk lemon atau cuka asam. sapu pada wajah yg suda bersih. setelah 10 minit cuci wajah.


Masker daripada buah



Strawberi

khasiat:

buah berwarna cerah nie byk mengandungi asam salisiat (salah satu jenis asam beta-hidroksi yg membantu menegangkan kulit). buah nie menyihatkan dan meremajakan kulit wajah. masker dri buah nie blh digunakan utk semua jenis kulit muka. cume gunakan utk 2 kali seminggu jer

cara membuat dan menggunkannya

  • hancurkan beberapa buah strawberi
  • usapkan pada wajah dan biarkan selama 15 minit
  • setelah itu, bilaskan dengan air yang suam

p/s : wanita mahupun lelaki pasti inginkan wajah yg bersih dab berseri kan. cube la masker nie. anis dah mencubanya dan hasilnya benar2 berjaya. selamat mencuba semua.

2 ulasan:

berkata...

buah setoberi ni kang bukan jd mask...silap2 kang cek yanie makan..

ha ha ha

AniS GalaXy berkata...

ewah2..org suh buat masker die plak nak telan..yg sebenarnya pon cik anis telan gak buah 2..huhuu